Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

334 ATLET KELANTAN KE SUKMA XX

334 ATLET KELANTAN KE SUKMA XX



334 ATLET KELANTAN KE SUKMA XX

KOTA BHARU – Dengan membawa semangat "Demi Klate Kito Lawe", 334 atlet telah mewakili negeri untuk ke perlawanan Sukan Malaysia ke 20 (SUKMA XX) yang dijadualkan berlangsung pada 29 September hingga 8 Oktober ini.

Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlet yang terlibat.

"Saya berharap supaya semua atlet dapat berusaha bersungguh-sungguh, buat yang terbaik dan berdoa agar memperoleh kejayaan dalam temasya itu nanti."

Demikian menurutnya dalam ucapan perasmian Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kelantan SUKMA ke 20 bagi tahun 2022 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa pada 8 September lalu.

Memetik maksud hadis nabi SAW "Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah," beliau berkata, para atlet dan komuniti sukan adalah ikon kepada budaya mendisiplinkan diri dengan gaya hidup sihat di samping meneruskan norma syarie dalam beribadah.

"Menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat program pembangunan atlet yang dihasilkan dapat meraih keputusan yang positif dalam temasya kali ini, sekaligus mencapai sasaran kecemerlangan pada tahun 2026, bila mana Kelantan menjadi tuan rumah SUKMA nanti," katanya.

Sebagai pendorong dan pembakar semangat buat atlet di temasya itu nanti, beliau turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan memberi insentif khas kepada atlet yang berjaya meraih pingat sebagai tanda penghargaan atas usaha kejayaan mereka.









...
-Baca seterusnya...
2022-09-11 06:08:50

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook