Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

350 petugas JKM Kelantan siap siaga hadapi banjir Monsun Timur Laut KOTA BHARU, 27 Sept (Bernama) -- Seramai 350 pegawai dan ka...

350 petugas JKM Kelantan siap siaga hadapi banjir Monsun Timur Laut KOTA BHARU, 27 Sept (Bernama) -- Seramai 350 pegawai dan ka...



#pimpinan

350 petugas JKM Kelantan siap siaga hadapi banjir Monsun Timur Laut

KOTA BHARU, 27 Sept (Bernama) -- Seramai 350 pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata kesemua petugas JKM berkenaan turut dibantu 368 sukarelawan berdaftar meliputi 10 jajahan di negeri itu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas untuk membantu mangsa banjir.

"Jumlah bagi sukarelawan yang berdaftar di Pasir Puteh adalah seramai 88 orang, Kota Bharu (42 orang), Jeli (40 orang), Tanah Merah (37 orang), Kuala Krai (31 orang).

"Selain itu, masing-masing 30 orang di Pasir Mas dan Machang, Tumpat (27 orang), Gua Musang (25 orang) dan Bachok (18 orang)," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Mumtaz berkata 13 pegawai psikologi dan 183 pasukan sokongan psikologi (PST) turut bersedia memberi bimbingan serta kaunseling kepada mangsa yang memerlukan.
"Kita juga menerima RM1 juta daripada kerajaan Persekutuan dan RM300,000 daripada kerajaan negeri untuk pembelian barangan keperluan asas," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sebanyak 442 pusat pemindahan sementara (PPS) yang berupaya menampung 170,180 mangsa
banjir di Kelantan sedia diaktifkan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir tahun ini.

-- BERNAMA



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-28 08:56:57

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook