Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

9 Tawaran Anak Muda, Dari Anak Muda Untuk Anak Muda! Oleh: Uthman Che Aziz Awas penulisan agak panjang! Tapi kalau nak tahu ta...

9 Tawaran Anak Muda, Dari Anak Muda Untuk Anak Muda! Oleh: Uthman Che Aziz Awas penulisan agak panjang! Tapi kalau nak tahu ta...



#pas

9 Tawaran Anak Muda, Dari Anak Muda Untuk Anak Muda!

Oleh: Uthman Che Aziz

Awas penulisan agak panjang! Tapi kalau nak tahu tawaran menarik untuk orang muda kena sabar sekejap dan baca sampai habis.

Pertamanya kita perlu ucap tahniah kepada PAS kerana perjalanan muktamar atau mesyuarat agungnya boleh berjalan tanpa masalah. Tiada keperluan menangguhkan muktamar dan tiada juga risiko pembubaran pertubuhan oleh ROS.

Muktamar kali ini penting kerana ia kemungkinan besar yang sangat besar adalah muktamar terakhir sebelum kita menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.

Jika dulu laungan dan kerisauan anak muda tidak diangkat atau ditonjolkan dalam PAS antara yang kuat didengari, tetapi kali ini agak kurang.

Ada beberapa perkara besar yang berlaku sebenarnya dalam muktamar baru ini. Perkara tersebut adalah berkenaan penglibatan anak muda yang semakin aktif bersama PAS.

Wow, anak muda dan PAS. Dua kalimah yang ramai tak dapat bayangkan duduk sekali.

1) Tahukah anda Kelab Remaja PAS (KRP) telah selamat dirasmikan sewaktu Muktamar DPPM baru-baru ini? Keahlian kini mencecah 700 orang. Bahkan paling menarik anak remaja diwakili Ketua KRP telah diberikan ruang bagi membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS.

Pasca muktamar, ada pula Himpunan Kelab Remaja PAS di Guar Chempedak. 100 orang juga yang datang tu. Jangan main-main.

2) Wakil mahasiswa berucap di pentas pemuda! Lagi menarik wakil tersebut adalah mahasiswa perempuan yang mewakili Kelab Mahasiswa Penyokong PAS daripada Jabatan Profesional Mahasiswa. Wakil mahasiswa telah memberikan komitmen bahawasanya mahasiswa bersedia memberikan khidmat kepada PAS menuju PRU-15!

3) GAMIS sebagai wakil gerakan mahasiswa juga turut hadir membentangkan masalah yang dihadapi mahasiswa kebanyakan akhir-akhir ini. Antara isu yang disentuh adalah isu kolej kediaman di Institut Pengajian Tinggi yang sampai sekarang tidak selesai!

Apa yang saya nak sampaikan adalah, muda anak kini diberikan ruang sebesar-besarnya untuk berpatisipasi bersama PAS. Sebarang idea dan cadangan kalian didengari oleh gerakan Islam ini, betulkah apa yang saya cakapkan ini?

Insya-Allah betul kerana ada satu lagi item yang saya tidak kongsikan iaitu 9 tawaran Pemuda PAS buat anak muda yang merangkumi 4 tema utama:
i) Kos sara hidup
ii) Rasuah
iii) Kebolehpasaran
iv) Barangan asas.

Daripada 4 tema ini lahir 9 tawaran yang lebih spesifik kepada anak muda. Saya kongsikan secara ringkas:
i) Pemilikan Rumah Melalui Sewa Beli
ii) Pengecualian Cukai dan Bayaran Balik PTPTN
iii) Program Biasiswa Siswazah
iv) Penyewaan Tanah Milik Kerajaan Kepada Anak Muda Bagi Tujuan Pertanian
v) Data Internet Percuma 5GB Sehari Kepada Pelajar B40 dan M40
vi) Makanan Percuma Kepada Pelajar B40 dan M40 Menerusi E-dompet
vii) Bantuan E-Tunai RM100 Sebulan Kepada Anak Muda B40 & M40 Bagi Pembelian Barangan Keperluan
viii) Bantuan Bayaran Kenderaan Anak Ke Sekolah
ix) Makanan Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40

Fuh, itu dia tawaran dari anak untuk anak muda!

Ini khusus tawaran Pemuda PAS untuk PRU-15 kelak!

Pemuda PAS dah ada, parti lain pula?

#PAMI
#SekolahPolitik
#IdeologiIslam
#AnakMUDA

...
-Baca seterusnya...
2022-09-14 12:33:53

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook