Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Negeri saya menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang telah menyempurnakan perasmian Laman Warisan Kampung Laut.

Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Negeri saya menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang telah menyempurnakan perasmian Laman Warisan Kampung Laut.



Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Negeri saya menzahirkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri yang telah menyempurnakan perasmian Laman Warisan Kampung Laut.

YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis ECERDC Bil 2/2022 telah mengumumkan berita baik buat rakyat Kelantan antaranya:

1. Pembangunan bandar-bandar sempadan;
- Kerajaan bersetuju untuk membina jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang.
- Pembinaan jambatan Takbai-Pengkalan Kubor.

2. Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3). Jajaran adalah dari Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan iaitu sepanjang 147 kilometer.

3. Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang – Sg. Golok Fasa 2 telah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta.

Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Menteri Besar dari Terengganu, Pahang dan Johor serta Ketua Setiausaha Negara yang turut hadir.

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan ECERDC yang diketuai oleh YBhg. Dato' Baidzawi Che Mat. Tanpa kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ECERDC serta agensi-agensi yang terlibat termasuk Majlis Daerah Tumpat dan Muzium Negeri Kelantan sudah pasti kejayaan seperti ini sukar untuk direalisasikan.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeluargaMalaysia
#ECERDC
#kglaut
#kelantan





















...
-Baca seterusnya...
2022-09-09 08:14:34

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook