Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐄𝐂𝐄𝐑 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟐
utama

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐄𝐂𝐄𝐑 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟐



𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐄𝐂𝐄𝐑 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟐

KOTA BHARU, 9 September 2022 – YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri yang juga Pengerusi ECERDC pada pagi ini telah menghadiri dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan ECER Bil.2/2022 dan Program Pasca-Mesyuarat di Bangunan MABNA MBI, Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan; YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu; YAB Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); YBhg. Dato' Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC dan para pegawai ECERDC.

Sejurus tamat mesyuarat, YAB Perdana Menteri bersama ahli-ahli mesyuarat telah menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian di antara ECERDC dan Yayasan PETRONAS serta Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara ECERDC dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeluargaMalaysia
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama





...
-Baca seterusnya...
2022-09-10 04:20:20

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook