Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DAFTAR PERUSAHAAN, MUDAHKAN KERAJAAN BAGI BANTUAN - TIMBALAN MENTERI MAFI II

DAFTAR PERUSAHAAN, MUDAHKAN KERAJAAN BAGI BANTUAN - TIMBALAN MENTERI MAFI II



#semasa

DAFTAR PERUSAHAAN, MUDAHKAN KERAJAAN BAGI BANTUAN - TIMBALAN MENTERI MAFI II

BACHOK – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) YB Dato' Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat dan bersikap terbuka khususnya membantu golongan petani, penternak dan juga nelayan yang terjejas dengan bencana alam lebih-lebih lagi menjelang hujung tahun ini.

Walaubagaimanapun katanya, mereka ini haruslah membuat pendaftaran berkaitan perusahaan yang mereka jalankan dengan pertubuhan yang ada dan sah, walaupun perusahaan tersebut berskala kecil.

"Kita di Kementerian sentiasa ada dana yang mencukupi, sekiranya berlaku masalah, sebagai contoh setiap kali tiba musim tengkujuh, mereka yang terjejas akan dikenal pasti untuk diberi bantuan.

Sebab itulah, saya sentiasa tekankan agar ketiga-ketiga golongan ini (petani, penternak dan nelayan) dapat mendaftar, kerana sekiranya tidak berdaftar dan berlaku apa-apa musibah mereka ini tidak akan mendapat bantuan kerana tiada pengenalan diri berkaitan aktiviti pertanian yang diusahakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Pusat Khidmat Dun Tawang di Wakaf Zin, semalam.

Jualan Murah Keluarga Malaysia tersebut ialah inisiatif Kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat mendapat bekalan asas dengan harga yang murah. PJMKM 2.0 itu diselia agensi di bawah MAFI iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dilaksanakan di 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan juga ADUN Tawang YB Dato' Hassan Mahamood.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg





...
-Baca seterusnya...
2022-09-19 05:00:37

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook