Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

DEKLAMASI PUISI JADI AKTIVITI TAHUNAN DUN – DATUK MOHAMED

DEKLAMASI PUISI JADI AKTIVITI TAHUNAN DUN – DATUK MOHAMED



#semasa

DEKLAMASI PUISI JADI AKTIVITI TAHUNAN DUN – DATUK MOHAMED

RANTAU PANJANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, Datuk Mohamed Awang berhasrat menjadikan aktiviti Sayembara Deklamasi Puisi untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah sebagai aktiviti tahunan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok.

Menurutnya, pertandingan tersebut akan diperluaskan kepada kategori dewasa dan kategori penjawat awam.

"Melihat kepada sambutan yang menggalakkan iaitu 14 buah sekolah rendah, sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan Cina manakala enam sekolah menengah yang mengambil bahagian, insya Allah kita akan masukkan program ini sebagai aktviti tahunan DUN.
Kita percaya aktiviti yang menyerlahkan bakat, menyemarakkan semangat patriotik dapat menerapkan nilai murni kepada para pelajar dan masyarakat umum serta kakitangan kerajaan," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian hadiah Sayembara Deklamasi Puisi pusingan akhir di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Rantau Panjang pada 16 September.

Juara Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan bagi kategori sekolah menengah membawa pulang wang tunai RM250 dan sijil dimenangi pelajar tingkatan dua Maahad Muhammadi Rantau Panjang, Nik Batrisyia Munawwarah Nik Faizul Akma. Manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi Mohd Shaqif Irfan Sabri dari SK Gual Sitok yang membawa pulanng wang tunai RM150 dan sijil.

Program anjuran Pusat Khidmat DUN Gual Periok dengan kerjasama Persatuan Kembara Sastera (KS) itu turut menobatkan penggerak sastera Mukhtar Mustafa sebagai Tokoh Penulisan DUN Gual Periok.







...
-Baca seterusnya...
2022-09-18 03:28:53

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook