Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA DIPERLUAS

JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA DIPERLUAS



#semasa

JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA DIPERLUAS

BACHOK - Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang diadakan dua kali sebulan iaitu pada Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga menawarkan harga barang keperluan harian jauh lebih murah berbanding di pasaraya lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, melalui program tersebut seramai 160 orang yang tergolong dalam kategori B40 diberi kupon bernilai RM50 setiap seorang untuk mereka membeli barang keperluan dapur dengan harga murah.

"Tujuan kita agihkan kupon tersebut bagi membolehkan mereka merasai harga barangan yang murah ditawarkan oleh kerajaan sempena program ini.
Alhamdulillah, kita bersyukurlah dengan inisiatif kerajaan pada hari ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan dalam mengharungi kemelesetan ekonomi sekarang," katanya pada Program JMKM DUN Pantai Irama di Pantai Timur Hypermarket, Sabtu lalu.

Sementara itu, Program jualan murah yang diseliakan oleh agensi kerajaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini telah mendapat kerjasama daripada pemimpin tempatan termasuk wakil rakyat dan dijangka akan berakhir hujung tahun ini.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg



...
-Baca seterusnya...
2022-09-13 01:18:48

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook