Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA CUKUPLAH 22 BULAN KEGAGALAN PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN! 17 September 2022 | 20 Saf...

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA CUKUPLAH 22 BULAN KEGAGALAN PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN! 17 September 2022 | 20 Saf...



#pas

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

CUKUPLAH 22 BULAN KEGAGALAN PEMERINTAHAN PAKATAN HARAPAN!

17 September 2022 | 20 Safar 1444 H

1. Sewaktu PRU-14, rakyat telah memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memerintah menerusi sistem demokrasi. Namun akibat kegagalan mereka, kerajaan mereka tumbang dek tangan mereka sendiri.

2. Hakikatnya sepanjang 22 bulan pemerintahan PH, tidak ada satu pun kejayaan yang mereka bawa untuk negara. Golongan cauvinis dan ekstrimis dalam PH menggunakan sebaik peluang, menyentuh berbagai perkara melibatkan dasar dan polisi yang sensitif, khususnya melibatkan Islam dan hak Bumiputera. Perpaduan dan keharmonian negara tergugat akibat kegagalan mereka mengurus persepsi.

3. Dalam mereka menjaja soal integriti lawan, ternyata mereka sendiri bagai kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Kes-kes pendakwaan melibatkan pimpinan mereka digugurkan, walau sedang dalam proses bicara. Malah, ada yang tanpa segan silu mempertahankan pemimpinnya yang sedang dibicara, katanya mereka difitnah walhal bukti jelas dan nyata.

4. Apakah pakatan sebegini perlu diberi sekali lagi peluang mengemudi negara? Jawapannya sudah tentu tidak. Malaysia tidak perlukan sebuah pakatan politik yang berkiblatkan 'Malaysian Malaysia', mendakwa diri mengangkat kesamarataan dan integriti walhal sebenarnya hanya mahukan kuasa untuk kepentingan diri.

5. Sudah pasti, rakyat telah serik dengan episod hitam ini. Rakyat tidak mahu diheret dalam politik fitnah, sandiwara bersulam dendam. Cukuplah 22 bulan peluang yang diberi, rakyat tidak mahu ulangi lagi.

Nazir Helmi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#AnakMudaMalaysia
#PemudaGenerasiSejahtera
#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-17 04:07:30

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook