Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DEWAN ULAMAK PAS SERU RAKYAT MALAYSIA TOLAK PAKATAN HARAPAN DALAM PRU15 Dewan Ulamak PA...

KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DEWAN ULAMAK PAS SERU RAKYAT MALAYSIA TOLAK PAKATAN HARAPAN DALAM PRU15 Dewan Ulamak PA...



#pas

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

DEWAN ULAMAK PAS SERU RAKYAT MALAYSIA
TOLAK PAKATAN HARAPAN DALAM PRU15

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menolak Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang. Kegagalan pemerintahan PH sepanjang 22 bulan pasca PRU14 jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai kredibiliti untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri.

Pakatan Harapan telah membelakangkan janji manifesto yang dikemukakan kepada rakyat dalam pilihan raya dengan alasan manifeto bukanlah sebuah 'kitab suci'. Lebih malang lagi, pemerintahan PH juga menjadi lubuk kepada pengaruh golongan liberal dan sekular bertapak seterusnya mendorong penggubalan dasar-dasar negara yang tempang.

Tambahan lagi, meskipun pemerintahan Pakatan Harapan cuba menampilkan imej pentadbiran yang bersih, namun ironinya mereka sanggup merelakan pemimpin yang didakwa dengan kes rasuah dan salah laku supaya dihentikan dakwaan di mahkamah dengan proses representasi. Ia tidak membaiki keadaan malah semakin meruncing ibarat tikus membaiki labu.

Dewan Ulamak PAS Pusat berpandangan sudah tiba masanya rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada gagasan Penyatuan Ummah yang mengutamakan prinsip bersatu padu dalam kalangan rakyat selain teguh mempertahankan nilai agama, budaya dan warisan sejarah dalam negara ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat yakin bahawa gagasan Penyatuan Ummah adalah jawapan kepada kegagalan PH 22 bulan. Sesungguhnya budaya bawaan PH tidak sesuai kepada rakyat Malaysia yang inginkan kestabilan dan kesejahteraan. Kita tidak rela pisang berbuah dua kali.

Oleh itu, tiada lagi kata dua. Kuburkan PH dan berikan mandat kepada gagasan Penyatuan Ummah.

YB SENATOR USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAHYA
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

19 Safar 1444H bersamaan 16 September 2022M

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-16 02:53:30

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook