Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

DEMI PRINSIP, PAKATAN HARAPAN MESTI DITOLAK

1. PAS mempunyai pengalaman yang “panjang” dengan DAP ya...

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH DEMI PRINSIP, PAKATAN HARAPAN MESTI DITOLAK 1. PAS mempunyai pengalaman yang “panjang” dengan DAP ya...



#pas

KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

DEMI PRINSIP, PAKATAN HARAPAN MESTI DITOLAK

1. PAS mempunyai pengalaman yang "panjang" dengan DAP yang menjadi antara komponen parti politik dalam PH. Berapa banyak janji dan persefahaman yang mereka rungkaikan di samping campur tangan mereka dalam usaha PAS mengangkat Islam sebagai cara hidup. Mereka merencanakan perpecahan dalaman PAS untuk melemahkan politik umat Islam dalam negara kita.

2. Sesuai dengan apa yang ditulis dan ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS baru-baru ini, maka PAS Kedah amat menyokong ketegasan tuan guru tersebut. PAS Kedah melihat usaha dilaksanakan PH sepanjang tempoh 22 bulan memerintah, merugikan umat Islam dan rakyat Malaysia. Politik dendam, rakus dalam tindakan, pilih kasih dalam tuduhan penghakiman, salah guna kuasa dan banyak lagi tindakan mereka akan membawa bencana kepada negara.

3. Ratifikasi ICERD, Statute Rom, "manifesto bukan kitab suci", isu skandal rasuah terowong dan projek tambak tiga pulau buatan, serta pelbagai provokasi politik menyebabkan rakyat "tidak dapat tidur lena".

4. Setelah kejatuhan PH akibat perpecahan dalaman, perebutan kuasa sesama sendiri, Kerajaan Perikatan Nasional terbentuk dan berjaya "merawat" luka membarah 22 bulan PH berkuasa.

5. Oleh itu, seruan untuk terus memperkukuhkan kuasa politik umat Islam dalam negara kita mesti diteruskan. Jangan diberi peluang PH untuk kembali berkuasa. Kerjasama dengan parti politik dan NGO serta NGI yang tidak ekstrim bagi memperkukuhkan keharmonian masyarakat majmuk dalam negara kita juga amat perlu.

6. Ini kerana Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS tidak membenarkan penganutnya menzalimi bangsa dan agama lain serta melakukan perkara yang membawa kepada kemurkaan Allah.

7. Jom sokong PAS dan gagasan penyatuan ummah dan menolak khemah besar PH untuk Malaysia yang Sejahtera.

MALAYSIA SEJAHTERA

Mohd Azam bin Abd Samat
Ketua Penerangan PAS Kedah
19 September 2023 / 22 Safar 1444H

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-19 04:46:17

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook