Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

✳️KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
TOLAK PH, NEGARA SELAMAT

PAS Perlis meneliti tulisan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul H...

✳️KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS TOLAK PH, NEGARA SELAMAT PAS Perlis meneliti tulisan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul H...



#pas

✳️KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
TOLAK PH, NEGARA SELAMAT

PAS Perlis meneliti tulisan Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang menerusi kolum Minda Presiden yang bertajuk 'Mengapa PAS Menolak Pakatan Harapan' yang disiarkan menerusi media-media rasmi PAS hari ini.

Hampir setiap baris dalam tulisan beliau mengandungi fakta yang menggambarkan dengan jelas sikap gabungan politik berkenaan yang amat berbahaya kepada masa depan Islam dan negara.

Justeru, PAS Perlis berpendirian kenyataan beliau amat wajar disokong oleh seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Pakatan Harapan bukan sahaja terbukti gagal sepanjang memerintah negara ini selama 22 bulan, malah menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam negara termasuklah yang melibatkan soal hak Raja-raja Melayu dan kedaulatan negara.

Kegagalan menunaikan manifesto PRU-14, isu-isu integriti melibatkan para pemimpinnya, sikap anti-Islam serta tindak-tanduk yang mengancam institusi raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan adalah antara beberapa contoh yang menjadi hujah mengapa PH amat berbahaya kepada kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan negara.

Oleh yang demikian, PAS Perlis menyeru semua rakyat negara ini agar sama-sama menolak PH dan memastikan pakatan berkenaan 'selamat dikebumikan' selepas PRU-15 nanti.

"Malaysia Sejahtera"

MUHAMMAD AZMIR AZIZAN
Ketua Penerangan PAS Perlis
15 September 2022 | 18 Safar 1444H

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-17 09:43:17

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook