Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA PENYATUAN UMMAH ELAK PERTANDINGAN TIGA PENJURU PAS yakin Agenda Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional di anta...

#pas

KENYATAAN MEDIA

PENYATUAN UMMAH ELAK PERTANDINGAN TIGA PENJURU

PAS yakin Agenda Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional di antara orang Melayu- Islam, kaum Bumiputra dan rakyat pelbagai kaum di negara ini hanya dapat dicapai sekiranya kestabilan politik dapat diwujudkan selepas PRU15.

Justeru itu PAS terus berusaha dengan pelbagai pendekatan antaranya menyeru seboleh mungkin parti-parti yang mewujudkan Kerajaan Persekutuan sekarang dapat terus bekerjasama menghadapi PRU15 nanti seterusnya membentuk sebuah Kerajaan baru yang lebih mantap dan berotoriti.

Justeru itu PAS kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai Rakan Ta'awun sekaligus tidak bersetuju sama sekali dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh dalam PRU15 nanti. PAS sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar Penyatuan Ummah adalah Pakatan Harapan dan sekutu-sekutunya termasuk 'Khemah Besar'.

PAS seterusnya yakin gabungan atas konsep Penyatuan Ummah dan Perpaduan Nasional sahajalah mampu menjadi formula terbaik dan berkesan serta diterima oleh majoriti pengundi ke arah mewujudkan sebuah Kerajaan Prihatin Rakyat dengan langkah penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kepada seluruh rakyat di samping pada masa yang sama memberikan perhatian khusus kepada aspek semak dan imbang (check and balance).

PAS amat optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik di antara parti-parti utama Melayu-Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih dari Dua Penjuru dalam PRU15 nanti. Ini bukan sahaja dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua rakyat merentasi kaum, agama, bangsa dan budaya, tetapi juga mengelakkan berulangnya sejarah hitam yang berlaku semasa PRU14.

"MALAYSIA SEJAHTERA"

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 20 September 2022

https://www.facebook.com/100064718314834/posts/464010609099546/?sfnsn=mo

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-20 06:52:29

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook