Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KEPELBAGAIAN PROGRAM AADK,PERKASAKAN KOMUNITI

KEPELBAGAIAN PROGRAM AADK,PERKASAKAN KOMUNITI



#semasa

KEPELBAGAIAN PROGRAM AADK,PERKASAKAN KOMUNITI

PASIR MAS - Pelbagai program dan aktiviti diadakan khasnya kepada rakyat dengan kerjasama Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok berlangsung di Kampung Galok Pasir Mas, semalam.

Antara aktiviti tersebut adalah sukan rakyat, pameran perkhidmatan kerajaan, pemeriksaan kesihatan, sesi advokasi AADK menerusi bas pameran bergerak AADK dan sebagainya mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sekitar.

Terdahulu, objektif program ini adalah memastikan setiap keluarga bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah serta memupuk budaya saling bertanggungjawab terhadap isu-isu pelencongan sosial.

Sementara itu, penyampaian perkhidmatan daripada kerajaan pusat mahupun negeri dapat disalurkan secara terus kepada penduduk setempat khususnya dalam aspek kempen penyalahgunaan dadah dan substan.

Usaha ini secara tidak langsung dapat melihat keadaan klien AADK dalam komuniti disamping dapat mempastikan mereka kekal dalam kepulihan.

Program turut dihadiri ADUN Chetok YB Zuraidin Abdullah dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon yang turut melakukan home visit di enam buah rumah klien AADK di sekitar kawasan DUN Chetok bagi memenuhi modul integrasi sosial dalam Model i-Pulih AADK untuk program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

Turut menyertai home visit itu ialah Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Azmi Mustafa dan Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rahayu Ahmad.









...
-Baca seterusnya...
2022-09-11 11:15:02

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook