Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LAHAD DATU: Rakyat diingatkan agar menolak Pakatan Harapan (PH) yang ternyata telah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah dib...

LAHAD DATU: Rakyat diingatkan agar menolak Pakatan Harapan (PH) yang ternyata telah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah dib...



#pas

LAHAD DATU: Rakyat diingatkan agar menolak Pakatan Harapan (PH) yang ternyata telah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah diberi peluang memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Justeru, kata Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah rakyat jangan memberi peluang kali kedua kepada PH untuk berkuasa semula pada PRU15 nanti.

Sehubungan itu, tegasnya PAS Sabah tidak akan bekerjasama dengan PH dalam menghadapi PRU15.

Menurutnya, PAS negeri mengambil pendirian yang sama dengan Pusat.

"PH dilihat boleh membawa mudarat politik yang sangat besar, iaitu boleh mengganggu-gugat keharmonian kaum dalam negara ini.

"Walaupun PH memerintah negara ini dalam tempoh yang singkat iaitu selama 22 bulan, tetapi kesannya amat memeritkan hidup rakyat dan keperitan itu masih terasa sehingga kini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai perkara itu.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam kenyataan media pada 15 September lalu menjelaskan kenapa PAS menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan PH.

Menurutnya, PAS mempunyai pengalaman yang paling lama dalam bertahaluf dengan beberapa parti yang ada bersama PH.

Secara tegasnya, PAS menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH khususnya, yang melibatkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh, dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, PH gagal melaksanakan manifesto sendiri yang mereka akui bukan kitab suci.

"Slogan PH iaitu Membina Negara Memenuhi Harapan menjadi igauan ngeri rakyat bahkan banyak kegagalan sepanjang pemerintahan PH.

"Mereka gagal hapuskan tol seperti yang telah dijanjikan, gagal menyediakan satu juta rumah mampu milik, gagal menyediakan satu juta peluang pekerjaan dan banyak lagi kegagalan dalam pemerintahan merek," katanya. –

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-18 10:15:50

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook