Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LAMPU LIMPAH BAHARU STADIUM MULA DIPASANG

LAMPU LIMPAH BAHARU STADIUM MULA DIPASANG



#semasa

LAMPU LIMPAH BAHARU STADIUM MULA DIPASANG

KOTA BHARU - Pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi standard Malaysian Football League (MFL) antara fokus utama kerja-kerja naiktaraf Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Majlis solat hajat bagi pemasangan lampu limpah tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat di perkarangan Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, pada 10 September.

Menurut YB Wan Roslan kerja-kerja penukaran empat unit lampu limpah sedang berjalan dan ianya menelan belanja RM3.4 juta yang dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

"Lampu limpah sedia ada perlu ditukar baharu memandangkan usianya yang lebih separuh abad dan mengalami banyak kerosakan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, apabila siap pemasangan lampu limpah tersebut, perlawanan bola sepak atau sebarang aktiviti pada waktu malam boleh diadakan sebagaimana biasa.







...
-Baca seterusnya...
2022-09-12 00:57:44

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook