Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LATA HOKKAIDO TARIKAN BAHARU PELANCONG BERIADAH

LATA HOKKAIDO TARIKAN BAHARU PELANCONG BERIADAH



#semasa

LATA HOKKAIDO TARIKAN BAHARU PELANCONG BERIADAH

JELI – Program Kelantan Land Rover Jamboree 2022 anjuran Kelab Land Rover Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan berjaya menghimpunkan 161 buah Land Rover dari seluruh Malaysia dan Thailand di Lata Hokkaiddo Glamping Park, Kuala Long.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Dato' Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman berkata, Kerajaan Negeri menyokong penganjuran program yang bagus untuk membina hubungan baik antara dua negara di samping mampu merancakkan lagi industri pelancongan di Kelantan.

"Lata Hokkaido yang terletak berhampiran dengan Lata Janggut di Jeli mempunyai keunikan semulajadi tersendiri dengan panorama yang menarik dan sangat sesuai untuk melakukan aktiviti lasak dan beriadah seperti berkhemah dan mendaki gunung," katanya ketika dihubungi semalam.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 September itu melibatkan 500 peserta dan acara pembukaan dirasmikan oleh Ketua Jajahan Jeli Nik Raisnan Daud.
Manakala perasmian penutup pula disempurnakan YB Dato' Mejar (B) Md Anizam pada malam 17 September.

Selain itu peserta program juga mengadakan konvoi ke Plaza Indonesia Malaysia Thailand Golden Triangle (IMT-GT) dan Jambatan Persahabatan Malaysia - Thailand dari Bukit Bunga – Ban Buketa sebagai simbolik hubungan kerjasama yang baik antara dua negara.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-21 01:13:22

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook