Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

[#MINDAPRESIDENPAS] Tiga jenis manusia yang akan ditimpa hukuman bencana di alam dunia sebelum memperolehinya di akhirat kelak:...

[#MINDAPRESIDENPAS] Tiga jenis manusia yang akan ditimpa hukuman bencana di alam dunia sebelum memperolehinya di akhirat kelak:...



#pas

[#MINDAPRESIDENPAS]

Tiga jenis manusia yang akan ditimpa hukuman bencana di alam dunia sebelum memperolehinya di akhirat kelak:

1.Qarun
Seorang hartawan yang mempunyai kekayaan melampau setelah diambil dan dibelanjakan secara haram sehinggakan perbuatan itu merosakkan politik negara, ekonomi dan masyarakat.

2.Firaun
Seorang raja diktator yang berlagak menjadi tuhan, dan bertakhta dengan penuh kezaliman.

3.Haman
Seorang Perdana Menteri yang melaksanakan apa sahaja arahan Firaun.

"Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (daripada kehancuran itu)." (Surah al-'Ankabut: 39)

YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

(Minda Presiden PAS 'Politik Yang Mulia Dihina dan Dikotorkan', 12 September 2022)

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-16 08:16:59

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook