Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MTMD KELANTAN: DUA KERTAS PERTIMBANGAN DILULUSKAN

MTMD KELANTAN: DUA KERTAS PERTIMBANGAN DILULUSKAN



#pimpinan

MTMD KELANTAN: DUA KERTAS PERTIMBANGAN DILULUSKAN

28 September 2022- Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 2 Tahun 2022 Negeri Kelantan meluluskan dua kertas pertimbangan iaitu Hala Tuju Dalam Membanteras Gejala Dadah dan Bahan serta Perlaksanaan Program Berfokus dalam menangani isu berkaitan pelencongan sosial dan penyalahgunaan dadah di negeri berkenaan.

Kelulusan itu bagi memastikan usaha merawat pulih dan mencegah penagihan dadah yang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sekali gus mencapai matlamat Dadah Terkawal 2025.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Kota Bharu, hari ini.

Selain dua kertas pertimbangan tersebut, MTMD Kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan.

Dalam pada itu, sebanyak dua kertas laporan turut dibentangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Turut menyertai mesyuarat tersebut ialah Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa dan Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu Ahmad.
#MerakyatMembangunBersamaIslam











...
-Baca seterusnya...
2022-09-28 04:53:55

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook