Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PAS KEKAL AGENDA PENYATUAN UMMAH Meneliti ucapan Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato Sri Abdul Hadi Awang dalam minda presiden PAS ...

PAS KEKAL AGENDA PENYATUAN UMMAH Meneliti ucapan Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato Sri Abdul Hadi Awang dalam minda presiden PAS ...



#pas

PAS KEKAL AGENDA PENYATUAN UMMAH

Meneliti ucapan Tuan Guru Presiden Tan Sri Dato Sri Abdul Hadi Awang dalam minda presiden PAS yang bertajuk " Mengapa PAS Menolak Pakatan Harapan". PAS Negeri Sembilan amat bersetuju dengan kenyataan tersebut.

PAS Negeri Sembilan mengambil pendirian bahawa kenyataan Tuan Guru Presiden PAS wajar diberi perhatian dan wajar disokong oleh Ahli PAS sendiri.

Umum mengetahui bahawa apa yang berlaku semasa PH memerintah selama 22 Bulan. Rata rata rakyat Malaysia merasai kesan langsung akibat daripada pemerintahan PH tersebut. Malah ada di kalangan pemimpin PH yang tidak berintegriti, gila kuasa dan banyak lagi.

Kami juga menegaskan bahawa yang telah disabit dan dijatuhkan kesalahan oleh mahkamah itu tetap bersalah. Maka, tiada kompromi dalam bab ini. Namun begitu, kesatuan orang Melayu Islam ini masih perlu dilakukan bagi mengekang kesan dan impak yang lebih besar iaitu dikuasai oleh Pakatan Harapan yang telah banyak memberi kesan negatif kepada Negara.

PAS Negeri Sembilan sekali lagi menyatakan dengan jelas bahawa Pakatan Harapan serta sekutunya perlu ditolak dalam Pilihanraya yang akan datang. PAS Negeri Sembilan juga berpegang teguh dengan penyatuan ummah. Ummah perlu disatukan agar negara kita dapat diselamatkan.

#MalaysiaSejahtera
#PemimpinBerintegriti
#KerajaanRakyat

Khairul Yazman Bin Yahya
Ketua Penerangan
PAS Negeri Sembilan

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-19 01:36:18

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook