Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PELAJAR BERILMU, BERTINDAK TEPAT

PELAJAR BERILMU, BERTINDAK TEPAT



#semasa

PELAJAR BERILMU, BERTINDAK TEPAT

TUMPAT - Selaku aset penting yang bakal mencorakkan masa depan sesebuah negara, setiap pelajar perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan maklumat yang cukup supaya boleh bertindak dengan membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan.

Penasihat Agama, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen (PKMP) Tumpat, Ustaz Ropein Hasan berkata demikian ketika berucap mewakili Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi, merasmikan Kursus Kenegaraan kepada pelajar tingkatan enam di Maahad Muhammadi Tumpat, semalam.

Tambahnya, setiap pelajar hendaklah menjadi contoh kepada generasi muda dalam membentuk pemikiran positif serta sumbangan tenaga untuk pembangunan agama, bangsa dan negara.

"Dalam mendepani pelbagai isu yang berlaku pada hari ini setiap pelajar perlu bersikap lebih matang dalam menilai dan jangan sesekali mudah terpengaruh dengan sebarang propaganda.

Selain itu, jangan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja apa yang berlaku sebaliknya sama-sama berperanan mencerna masa depan negara berlandaskan tuntutan al-Quran dan as-Sunnah," pesannya.

Dalam kesempatan yang sama, beliau turut menasihati para pelajar supaya jangan mudah terjebak dengan gejala negatif pada peringkat usia yang masih muda kerana perjalanan hidup masih jauh.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk membantu menjayakan program yang diadakan selama sehari itu.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-22 00:54:27

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook