Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PEMANTAUAN RAPI, PASTIKAN PROJEK LANCAR IKUT JADUAL – MENTERI EKONOMI

PEMANTAUAN RAPI, PASTIKAN PROJEK LANCAR IKUT JADUAL – MENTERI EKONOMI



#semasa

PEMANTAUAN RAPI, PASTIKAN PROJEK LANCAR IKUT JADUAL – MENTERI EKONOMI

KOTA DARULNAIM – Pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur asas seperti pembinaan jalan, infrastruktur pendidikan dan kesihatan penting bagi memacu pembangunan sosioekonomi dan merapatkan jurang pembangunan antara negeri.

"Justeru, pemantauan rapi pelaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di negeri Kelantan penting bagi memastikan setiap projek berjalan lancar dan mengikut jadual."

Demikian ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato' Sri Mustapa Mohamed dalam Sesi Libat Urus beliau bersama Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Pegawai Kerajaan Negeri di Kelantan Mengenai Projek Pembangunan dan Peruntukan Pembangunan di bawah RMKe–12 di Dewan Teratai, semalam.

Menurut beliau, sehingga 1 September tahun ini, 396 projek pembangunan RMKe-12 telah diluluskan di negeri Kelantan dan ianya melibatkan 75 projek baharu dan 321 projek sambungan.

"Sehingga kini, RM1.1 bilion atau 46.6 peratus daripada jumlah peruntukan tahun ini telah dibelanjakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan YB Dato' Sr. Azami Mohd Nor dalam ucapan aluannya berkata, hubungan baik antara Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan telah membuka banyak peluang pembangunan di Kelantan dan ianya dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

"Antara projek utama yang berlangsung dan diharap dapat siap pada tahun 2025 ialah pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai serta pembesaran dan naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) supaya ianya siap sebelum penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di Kelantan pada 2026 nanti," katanya.

Selain pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang penting sebagai sumber bekalan air di musim kemarau, YB Dato' Azami juga berkata, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 1 dan Fasa 2 juga harus diberi perhatian kerana projek tersebut penting untuk menhindari banjir.

Kira-kira 100 pegawai yang hadir dalam sesi libat urus tersebut diberi pencerahan dalam slot Pembentangan Projek Pembangunan Negeri Kelantan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kelantan, Yang Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato' Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Manakala pada sesi hujungnya pula, mereka berpeluang berdialog secara terus dengan pihak menteri dan jabatan yang terlibat dalam projek pembangunan di Kelantan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg











...
-Baca seterusnya...
2022-09-19 01:29:52

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook