Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENGUNDI MUDA PERLU BERPENGETAHUAN

PENGUNDI MUDA PERLU BERPENGETAHUAN



#semasa

PENGUNDI MUDA PERLU BERPENGETAHUAN

MACHANG – Keputusan kerajaan menurunkan had usia yang layak mengundi daripada 21 ke 18 tahun adalah satu inisiatif yang patut dipuji khususnya untuk meningkatkan keterlibatan golongan belia dalam pembentukan kerajaan dan juga pentadbiran negara.

Namun begitu, bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, golongan pengundi muda hari ini perlu dibimbing serta diperkasakan literasi politik mereka khususnya pemahaman tentang bagaimana ciri-ciri pemilihan pemimpin yang baik, berintegriti serta berjiwa rakyat.

"Hasil dapatan kajian yang kita buat baru-baru ini, 51 peratus pengundi muda Melayu apabila ditanya soalan apakah ciri calon pilihan yang akan diundi nanti, rata-rata jawapan memilih berdasarkan keperibadian mereka dari segi harta, rupa dan sebagainya.
Berbeza dengan pengundi muda berbangsa Cina dan India, 49 peratus rata-rata bertindak dengan betul apabila jawapan lebih kepada memilih calon yang lebih berintegriti dan calon yang boleh berkhidmat kepada rakyat," ulasnya.

Beliau berkata demikian pada Program Penerangan Isu Semasa kepada pimpinan akar umbi bertempat di Markaz Dewan Ulama' (MADU).

Turut hadir, ADUN kemuning YB Mohd Roseli Ismail, ADUN Gaal Mohd Rodzi Ja'far serta ADUN Limbongan YB Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.

"Salah pilih pemimpin, kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah pada masa akan datang, dan perlu saya tekankan pilihan berada di tangan masing-masing dan apabila berkaitan dengan kerajaan, ia merupakan tanggungjawab semua," katanya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-25 01:22:53

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook