Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENGURUSAN SAMPAH DI TPBL SEMAKIN SISTEMATIK

PENGURUSAN SAMPAH DI TPBL SEMAKIN SISTEMATIK



#semasa

PENGURUSAN SAMPAH DI TPBL SEMAKIN SISTEMATIK

BACHOK – Usaha ke arah Kelantanku Bersih dan kelestarian alam tidak akan pernah tamat dan perkara ini dibuktikan melalui usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan sistem pengurusan sampah di Kelantan berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan YB Dr Izani Husin berkata pengurusan sampah bertambah baik dan sistematik di Tapak Pelupusan Beris Lalang (TPBL) yang berkeluasan 56 ekar yang mampu menerima lebih 350 hingga 380 tan sehari sisa pepejal daripada empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDK-PI), Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDB-BPI) dan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).

Beliau berkata demikian semasa Taklimat Operasi dan Pembangunan TPBL di Tapak Pelupusan Sampah Beris lalang pada 13 September lalu.

Tambahnya, TPBL akan dinaiktaraf daripada Level 1 Open Dumping kepada Level 3 yang terbaik bagi mengurangkan sebanyak mungkin kesan terhadap alam sekitar di samping melanjutkan jangka hayat penggunaan tapak tersebut.

Menurut YB Dr Izani lagi, usaha yang dibuat ke arah perkara tersebut telah bermula Mei 2018 sehingga Ogos 2022 dan menelan kos RM1.6 juta.

"Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah pembinaan jalan masuk ke tapak pelupusan sisa pepejal, pembinaan enam platform, pemasangan kabin dan jambatan timbang, menggali saliran air larut resap (leachate), kemasukan elektrik TNB, kerja penutupan sisa pepejal yang berkala, operasi scavenger, pembinaan Material Recovery Facilities (MRF) pertama, pembinaan Loji Rawatan Air Larut Resap (LTP), pembinaan surau, kantin, tandas dan pondok pengawal keselamatan," ujarnya.

Selain itu katanya, kos tersebut juga merangkumi kerja pembinaan tapak mencuci lori, penyelengaraan jalan dan pembinaan jalan konkrit.

"Daripada kos keseluruhan RM245,000 bagi pembinaan jalan konkrit sepanjang 350 meter, RM170,000 daripadanya dibiayai oleh Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT). Manakala RM250,000 bagi pembinaan sel Berliner baharu yang akan dibina pada bulan September ini juga diperuntukkan di bawah BKT," katanya.









...
-Baca seterusnya...
2022-09-15 12:00:04

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook