Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENTAS RAKYAT PARLIMEN MACHANG MERIAH

PENTAS RAKYAT PARLIMEN MACHANG MERIAH



#semasa

PENTAS RAKYAT PARLIMEN MACHANG MERIAH

MACHANG - Sambutan orang ramai pada Program Pentas Rakyat Kelantan Maju Rakyat Sejahtera Peringkat Negeri Kelantan 2022 Parlimen Machang yang diadakan di Dataran Kemahkotaan Bandar Machang bertambah meriah pada sebelah malam dengan majlis perasmian dan acara persembahan pentas.

Program anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) yang diadakan semalam itu adalah program ketiga sesudah diadakan di Kuala Krai dan Pengkalan Chepa minggu lalu.

Berucap merasmikan majlis tersebut, Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, program tersebut cukup baik dalam usaha mengukuhkan hubungan silaturahim di antara rakyat dengan pemimpin di negeri Kelantan.

"Kerajaan negeri sentiasa menganjurkan pelbagai program dalam usaha memupuk perpaduan dan kerjasama rakyat sesuai dengan dasar "Membangun Bersama Islam" (MBI).

Terima kasih kepada UPKN yang telah mengambil pendekatan melalui hiburan untuk bersama rakyat merialisasikan hasrat kerajaan negeri demi kebaikan bersama," katanya.

Tambahnya, program hiburan yang dianjurkan di negeri ini untuk keperluan rakyat adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam enakmen kawalan hiburan kerajaan negeri.

Berucap sebelumnya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, program hiburan yang kita anjurkan adalah dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak dan bukan hiburan yang bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat kita.

"Ini adalah mesej kita melalui pentas rakyat dengan menyediakan hiburan patuh syariah kepada rakyat," katanya yang juga selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan.

Program yang diadakan bermula sejak pagi hingga tengah malam itu membabitkan tiga sesi, iaitu sesi pagi diisi dengan kuliah duha, motivasi, derma darah, pameran agensi kerajaan dan program khidmat rakyat.

Sesi petang, servis tukar minyak hitam, acara sukan, kuiz rakyat, transformer, khidmat refleksiologi dan seni silat.

Sementara sesi malam dimeriahkan dengan persembahan pentas yang membabitkan artis seperti Iwan Syahman, Sabri Yunus, Cik Mam, Shaq Mentor, Renggo Arrow, persembahan gendang 24 musim dan dikir barat kumpulan Sirat Maharaja.

Turut hadir, Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Abd Hamid, ADUN Kemuning, YB Roseli Ismail, Ketua Jajahan Machang, Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain dan pimpinan setempat.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg







...
-Baca seterusnya...
2022-09-18 05:08:42

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook