Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PENTAS RAKYAT SIRI 2: SEDERHANA TETAPI BERMAKNA - TIMBALAN MENTERI AGAMA

PENTAS RAKYAT SIRI 2: SEDERHANA TETAPI BERMAKNA - TIMBALAN MENTERI AGAMA



#semasa

PENTAS RAKYAT SIRI 2: SEDERHANA TETAPI BERMAKNA - TIMBALAN MENTERI AGAMA

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Datuk Ahmad Marzuk Shaari menyifatkan Pentas Rakyat Siri 2 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Penerangan Negeri Kelantan (UPKN) yang berlangsung di Dataran Kompleks Purnama Pengkalan Chepa, Sabtu lalu sebagai sebuah program kesenian yang sederhana tetapi bermakna.

Beliau mengucapkan tahniah kepada UPKN kerana telah membawa satu perdekatan dan kelainan dalam menyantuni rakyat di seluruh negeri Kelantan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, semua manusia mempunyai fitrah yang sukakan kepada hiburan dan Islam itu sendiri tidak menolak kepada hiburan tetapi berhibur itu mestilah dalam batasan agama yang dibenarkan.

"Langkah yang diambil oleh UPKN ini membuktikan, Kerajaan Negeri tidak meminggirkan soal hiburan, tetapi hiburan itu mestilah tidak mengandungi nilaian ekstrim dan tidak bercanggah dengan adab serta budaya masyarakat setempat, dan lagi penting ianya tak bercanggah dengan hukum syarak. Inilah pakej yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang membawa dasar Membangun Bersama Islam melalui Pentas Rakyat," ujarnya lagi.

Program hiburan patuh syariah yang diformatkan berselang-seli dengan ucapan para pemimpin itu turut menampilkan Sabri Yunus atau lebih dikenali Pok Ya Cong Codei sebagai pengacara majlis dan tukang karut.

Hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Irwan Sharman, Renggo Arrow dan kumpulan pendikir Sirat Maharaja. Manakala sesi khidmat masyarakat dan pameran agensi-agensi kerajaan negeri dan pusat telah bermula sejak pukul 9.00 pagi.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg









...
-Baca seterusnya...
2022-09-13 08:33:05

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook