Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PESTA TANGLUNG HARMONIKAN KAUM DI KELANTAN

PESTA TANGLUNG HARMONIKAN KAUM DI KELANTAN



#semasa

PESTA TANGLUNG HARMONIKAN KAUM DI KELANTAN

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang diasaskan oleh Almarhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sentiasa meraikan sambutan hari-hari kebesaran semua kaum yang ada di negeri Kelantan dan perkara tersebut dilazimi sehingga ke hari ini.

Kelantan sebuah negeri yang menyantuni bangsa, kerana selain sambutan hari-hari kebesaran orang-orang Islam, turut diadakan setiap tahun ialah Sambutan Hari Deepavali Sambutan Tahun Baru Cina, Pesta Songkla, Pesta Tanglung.

"Sebagaimana yang kita boleh dengar melalui irama gabungan gendang India, Melayu dan Cina yang sangat harmoni, begitulah juga gambaran hubungan perpaduan kaum yang ada dalam masyarakat negeri Kelantan yang hidup aman damai dan saling menghormati antara satu sama lain."

Demikian ucapan perasmian Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Dato' Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman di Festival Silang Budaya Pesta Tanglung 2022 yang diadakan di Dewan Perniagaan Cina, semalam.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri amat menyokong dan menyambut baik sebarang program yang merentasi bangsa dan kaum, kerana selain meraikannya dan mencari pelapis baharu, ia juga mampu dipertontonkan kepada masyarakat luar uniknya seni dan budaya Kelantan, sebagai contoh persembahan wayang kulit dalam bahasa Cina.

Sementara itu, berucap semasa majlis tersebut juga, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong-Hwa Kelantan, Dato' Oui Poh Chun memaklumkan, pada tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19, perarakan besar-besaran pesta Tanglung daripada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Chong Cheng ke Dataran Cheng Ho, Kota Bharu telah mendapat sambutan lebih 2,000 peserta daripada pelbagai kaum.

"Pada masa itu, Bandar Kota Bharu cukup meriah dan terang dengan cahaya tanglung. Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri melalui kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sekali lagi akan menganjurkan Perarakan Muhibbah 2023.

Pesta Tanglung ialah perayaan tradisi masyarakat Tionghua yang bermain tanglung di bawah sinaran bulan mengambang sambil makan kuih bulan," katanya.

Dalam majlis yang sama, Pusat Intergriti Antara Kaum (PEKA) selaku penganjur turut mempamerkan 36 tanglung pelbagai saiz dan bentuk sebagai rujukan kepada generasi baharu dan informasi kepada kaum lain di Kelantan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-25 05:12:16

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook