Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PUSAT KOMUNITI TUMPAT SEDIA DIGUNA

PUSAT KOMUNITI TUMPAT SEDIA DIGUNA



#semasa

PUSAT KOMUNITI TUMPAT SEDIA DIGUNA

TUMPAT – Bagi memberi kemudahan kepada masyarakat, agensi atau badan-badan tertentu menganjurkan program kepada orang ramai, pusat komuniti yang baharu siap dibina dan terletak di bandar lama Tumpat menyediakan kemudahan seperti bilik seminar, bilik bacaan dan dewan utama.

Menurut Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Tumpat (MDT), TPr Suhaizat Mohd Sabri berkata, dewan utama yang dibina di pusat komuniti tersebut dapat menampung 200 pengguna dalam satu-satu masa.

"Projek yang dimulai pada Mac 2022 itu membabitkan kos RM200,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Amar Abdullah," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







...
-Baca seterusnya...
2022-09-14 01:25:49

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook