Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM300 RIBU DANA UNTUK INDUSTRI TENUSU NEGERI

RM300 RIBU DANA UNTUK INDUSTRI TENUSU NEGERI



#semasa

RM300 RIBU DANA UNTUK INDUSTRI TENUSU NEGERI

KOTA BHARU - Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan RM300 ribu untuk tahun 2022 bagi membangunkan industri tenusu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata penganjuran kursus tenusu ini adalah sebahagian daripada perancangan JPVNK dalam membangunkan lagi industri tenusu di negeri ini.

"Semoga dengan adanya kursus sebegini, ia dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada pemain industri tenusu," katanya semasa merasmikan Kursus Asas Penternakan dan Pemakanan Ternakan Tenusu di hotel Grand River Review, semalam.

Selain penganjuran latihan dan kursus kepada penternak, melalui peruntukan RM300 ribu ini juga JPVNK telah merancang untuk membeli 50 ekor induk kambing susu dan 10 ekor pejantan kambing susu untuk diagihkan kepada penternak terpilih serta membeli makanan tambahan, ubatan, vitamin, mineral dan hormon pembiakan.

Selain itu, peruntukan ini juga akan digunakan untuk membekal sperma untuk pembiakan lembu tenusu dan kambing tenusu serta renovasi kandang-kandang di ladang tenusu.

Beliau berharap segala bantuan daripada Kerajaan Negeri dapat membangunkan lagi industri tenusu di negeri Kelantan.

Kursus tersebut disertai 80 peserta terdiri daripada penternak lembu tenusu dan kambing tenusu seluruh Kelantan serta turut melibatkan kakitangan JPVNK.

Majlis perasmian turut dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Dr Syarifah Asiah Mohd Amin.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-22 08:05:48

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook