Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM90 Juta : Tulang Lama Yang Diselongkar Semula 1. Isu RM90 juta ini hanya modal basi yang diperbaharu semula. Disolek secukupn...

RM90 Juta : Tulang Lama Yang Diselongkar Semula 1. Isu RM90 juta ini hanya modal basi yang diperbaharu semula. Disolek secukupn...






RM90 Juta : Tulang Lama Yang Diselongkar Semula

1. Isu RM90 juta ini hanya modal basi yang diperbaharu semula. Disolek secukupnya dengan harapan dapat dijadikan cerita baru untuk berdepan PRU15.

2. Pada 19 Julai 2018 ketika negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, peguam negara ialah Thommy Thomas, saya bangun bertanya di Dewan Rakyat, mencelah ucapan YB Damansara yang pada masa itu sedang menyenaraikan pihak-pihak yang mendapat wang dari 1MDB. Soalan saya, mana nama PAS? Jawapan beliau ialah saya tiada maklumat, sila tanya Menteri Kewangan (yang pada masa itu ialah YB Lim Guan Eng). (Rujuk
https://www.facebook.com/ahmadfadhli80/photos/saya-mencelah-ucapan-yb-tony/1770784433002387/)

3. Pad 2 April 2019, sekali lagi soalan saya di Dewan Rakyat berhubung isu RM90 juta ini dijawab oleh Timbalan Menteri Undang-undang, YB Hanipa Maidin. Jawapannya, masih dalam siasatan SPRM. Bahkan beliau berpesan bahawa jangan ada sebarang spekulasi.

4. Belum lagi ucapan-ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat yang mendesak sejak tahun 2018 aagar kerajaan dedahkan segera siapa penerima dana RM90 juta itu. Alih-alih yang keluar ialah kenyataan SPRM bahawa tiada wang 1MDB masuk ke akaun PAS (https://www.sinarharian.com.my/article/14762/berita/nasional/sprm-tiada-duit-rm90-juta-masuk-akaun-pas).

5. Semua kenyataan-kenyataan itu keluar ketika negara di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Jika benar ada dana RM90 juta disalurkan kepada PAS, kenapa semasa pentadbiran PH isu tidak disiasat sehingga ke akar umbi? Yang ada ialah sekeping kertas berwarna hitam yang terpaksa ditilik berkali-kali oleh pembacanya di tengah malam kelam.

6. Isu penyelesaian saman luar mahkamah ialah hak kepada si penyaman. Dalam kes saman, jika pihak plaintif merasakan bahawa tiada keperluan untuk saman diteruskan berdasarkan kepada kos dan sebab-sebab kesihatan, ia boleh ditarik balik dan itu tidak membuktikan bahawa plaintif atau defendan bersalah.

7. Adapun yang berkuasa di dalam negara, kenapa tidak teruskan dengan pendakwaan sivil?

8. Realitinya, isu RM90 juta ini tidak lebih daripada wayang opera lama yang ditayang semula. Dalam bahasa lain, ia tulang lama yang sudah lama terperap di tempat pembuangan sampah. Hanya haiwan tertentu sahaja yang menyelongkar sampah mencari tulang lama.

Ahmad Fadhli Shaari
11 September 2022

#anakmudamalaysia...
-Baca seterusnya...
2022-09-11 04:38:44

MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook