Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Saya kira, posting Lim Guang Eng jauh tersasar dengan segala tuduhan yang dibuat. Semua berhak mengkritik hasil kerja yang dili...

Saya kira, posting Lim Guang Eng jauh tersasar dengan segala tuduhan yang dibuat. Semua berhak mengkritik hasil kerja yang dili...



#pas

Saya kira, posting Lim Guang Eng jauh tersasar dengan segala tuduhan yang dibuat.

Semua berhak mengkritik hasil kerja yang dilihat daripada luar, kerana ketika PH memerintah pun, terlalu banyak kepincangan yang berlaku sehingga fenomena kita dapat melihat sendiri bagaimana PH hilang kepercayaan daripada rakyat dalam siri-siri Pilihanraya Kecil dan berakhir dengan kejatuhan Kerajaan PH atas kesedaran Ahli Parlimen PH melihat kerosakan yang dibuat oleh sekutu mereka dahulu.

Namun, saya kira ianya fitnah yang berat mengatakan saya memalukan individu yang dimaksudkan ketika saya mengambil pertimbangan dan neraca agama dalam menilai isu yang berlaku, yang secara terperinci saya nyatakan dalam posting saya sebelum ini.

Sila rujuk di sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=447291007439214&id=100064749544314

Adakah salah jika saya menggunakan ilmu dan hujah agama untuk memandu rakyat dan umat Islam dalam setiap pertimbangan dosa dan pahala untuk kemaslahatan umat Islam itu sendiri?

Adakah salah untuk saya sebagai Menteri Agama menyeru perkara yang digariskan dalam agama, tanpa melarikan sedikitpun prinsip yang terkandung di dalam Al-Quran?

Atau YB sengaja memercikkan api perkauman dan membesarkan jurang agama dengan menghasut para non muslim menjauhi kepercayaan yang di amalkan oleh umat Islam? Sedangkan di luar sana, cukup ramai non muslim yang memahami keterbatasan yang digariskan di dalam Islam dan menghormari pendirian dan pengamalan oleh Umat Islam itu sendiri.

Setakat ini, kita tidak melihat idea-idea tuntas yang diperkenalkan oleh pihak pembangkang selain daripada terus menerus mencari kesalahan mana-mana usaha yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ianya seperti mengulang episod ketika mereka diberi peluang memerintah, habis semua kesalahan di tuding kepada pemerintahan lama, sehingga tidak sempat menunaikan janji kayangan yang dilaungkan semasa berkempen dalam PRU14.

Apa kata, saya akan teruskan tugas saya sebagai Menteri Agama, dan melihat mana-mana ruang penambahbaikan dan kemajuan Umat Islam dan rakyat Malaysia dengan autoriti yang saya ada untuk memberi keprihatinan saya untuk survival rakyat, dan kamu pula fokus membersihkan diri kamu yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah dalam kes terowong.

Ada ramai lagi rakyat yang perlukan bantuan makanan dan pendapatan yang perlu kami di dalam agensi agama usahakan untuk mereka ini.

Ada banyak lagi kawasan yang perlu saya dan #PasukanMenteriAgama turun untuk meneliti segala bantuan yang perlu dihulurkan.

Ada lagi ramai umat Islam yang perlu kami perkenalkan kepada kehidupan yang lebih sejahtera dengan program-program pembinaan insan untuk mencari erti hidup yang sebenar di atas muka bumi ini.

Ada lagi ramai sahabat dan rakyat Malaysia non muslim yang perlu di tautkan ukhwah dan persaudaraan sebagai rakyat Malaysia yang sedang kita usahakan di dalam konsep Keluarga Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri dan anggota Kerajaan.

Isunya, banyak lagi kerja kena buat, daripada kita melaga-lagakan isu perkauman yang sering dikompangkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rakyat sedang mahu pulih daripada pasca pandemik. Kasihanilah rakyat kita wahai YB.

Saya khuatir, nanti rakyat melihat kamu, seperti ayam berak kapur. Pandai berkokok, tapi ekor penuh najis!

YB Senator Datuk Haji Idris Ahmad
Naib Presiden PAS
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

#MalaysiaSejahtera
#PenyatuanUmmah

...
-Baca seterusnya...
2022-09-14 07:39:45

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook