Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 

Firman Allah SWT:
﴿ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَت...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA Firman Allah SWT: ﴿ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَت...



#pimpinan

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Firman Allah SWT:
﴿ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ٢٢﴾

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan." (Surah al-Rum: 22)

Allah SWT menciptakan manusia dalam berbagai bangsa, suku dan puak yang menggambarkan kekuasaan dan kebijaksanaanNya. Tujuannya supaya manusia sentiasa berkenalan (taaruf) antara satu sama lain.

Manusia secara fitrah hanya menyembah Allah SWT. Walau bagaimanapun, setelah lama tinggal di dunia, mereka mewujudkan pelbagai kefahaman dan ajaran yang baru sehingga menimbulkan kekacauan dan perpecahan.

Menurut al-Quran, manusia berasal daripada Adam dan Hawwa yang melahirkan anak yang ramai. Setelah sepuluh abad kewafatan Nabi Adam AS, Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh AS bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan. Selepas itu lahirnya keturunan-keturunan yang bertebaran di muka bumi dengan kepelbagaian bangsa dan bahasa.

Manusia secara fitrah juga diciptakan untuk bersatu-padu kerana Allah SWT menjadikan manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan. Makanan diperolehi dengan bercucuk tanam atau memburu. Maka, manusia memerlukan alat bagi mendapatkan makanan dan sekelompok manusia yang mempunyai kepakaran dalam mencipta alat tersebut.

Segala kerjasama dan hasil daripada setiap kelompok manusia itu dikumpulkan. Inilah yang dinamakan masyarakat madani yang saling bertaaruf dan bekerjasama melalui perkongsian kepakaran kaum dan bangsa masing-masing.

Hari ini kita menyambut Hari Malaysia ke-59 dengan penuh aman dan damai. Peristiwa bersejarah 16 September 1963 amat penting untuk dihayati bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera dengan semangat perpaduan antara kaum yang utuh.

Pembentukan Malaysia dalam meraikan masyarakat majmuk yang berbeza bangsa dan agama wajib dihormati, sebagai makna sebenar dalam meraikan Hari Malaysia.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

...
-Baca seterusnya...
2022-09-16 00:01:48

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook