Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Siasah Syar‘iyyah merupakan salah satu ilmu yang sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam. Malah, ilmu ini sudah lama dirungkaikan oleh pihak penjajah. Ilmu ini wajib dipelajari oleh semua Muslim bagi menyelamatkan umat pada zaman ini.

Siasah Syar‘iyyah merupakan salah satu ilmu yang sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam. Malah, ilmu ini sudah lama dirungkaikan oleh pihak penjajah. Ilmu ini wajib dipelajari oleh semua Muslim bagi menyelamatkan umat pada zaman ini.



#pimpinan

Siasah Syar'iyyah merupakan salah satu ilmu yang sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam. Malah, ilmu ini sudah lama dirungkaikan oleh pihak penjajah. Ilmu ini wajib dipelajari oleh semua Muslim bagi menyelamatkan umat pada zaman ini.

Sesungguhnya, perjuangan para nabi dan rasul AS itu tidak terpisah dengan dakwah. Dalam pada itu, mereka juga turut berjuang bagi menegakkan sebuah kerajaan dan negara bagi mentadbir segala urusan manusia.

Ada ramai dalam kalangan para ulama' yang mengarang kitab berkaitan dengan Siasah Syar'iyyah. Antaranya ialah al-Ahkam al-Sultaniyyah karangan Imam al-Mawardi RH, al-Siyasah al-Syar'iyyah fi Islah al-Ra'i wa al-Ra'iyyah karangan Ibn Taimiyah RH, Ghiyath al-Umam Fi Iltiyath al-Ẓulam karangan Imam al-Haramain al-Juwaini RH, al-Siyar al-Kabir karangan Muhammad bin Hasan al-Syaibani RH yang juga merupakan murid kepada Imam Abu Hanifah RH. Termasuklah juga karya Siasah Syar'iyyah karangan Ibn Sina.

Pada masa yang sama, terdapat ulama' yang menjadikan perbahasan tentang ilmu Siasah Syar'iyyah dalam satu bab khusus dalam kitab mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Imam al-Ghazali RH dalam kitab al-Iqtisad fi al-I'tiqad yang diletakkan dalam bab Imamah.

Manakala, Ibn Khaldun RH pula menjadikan satu bab bertajuk al-Khilafah di dalam kitabnya yang masyhur iaitu al-Muqaddimah yang juga merupakan kitab permulaan atau muqaddimah kepada kitab tarikh beliau yang berjilid-jilid tebalnya.

Ilmu Siasah Syar'iyyah ini berkaitan dengan urusan pemerintahan negara atau kepimpinan. Maka, menjadi suatu kewajipan kepada kita sebagai umat Islam untuk memahami ilmu ini sebaik mungkin.

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-19 13:22:17

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook