Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK LIGA ELIT - ADUN TAWANG

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK LIGA ELIT - ADUN TAWANG



#semasa

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK LIGA ELIT - ADUN TAWANG

TAWANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, YB Dato' Hassan Mahamood mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Liga Elit DUN Tawang Tahun 2022 yang diadakan di Padang Turf Kota Bharu sebelumnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut di Kompleks Masjid Daruttarbiah, Kampung Wakaf Zin, baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang membabitkan 11 pasukan itu, johan diperolehi oleh pasukan Budi FC, naib johan pasukan Tawang FC dan tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Senok FC dan Julok FC.

Johan menerima hadiah wang tunai RM3000, piala dan medal, naib johan menerima wang tunai RM2500, piala dan medal, manakala tempat ketiga bersama menerima wang tunai RM1500 dan medal.

Menurut YB Dato' Hassan, untuk musim akan datang beliau berharap akan lebih banyak penyertaan dan dengan permainan yang lebih bersemangat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bachok, YB Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, para penghulu dan kakitangan Pusat Khidmat DUN Tawang.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-21 08:06:31

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook