Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TOLAK PAKATAN HARAPAN, JANGAN ULANG EPISOD DUKA PAS Negeri Perak dengan senang hati menyambut kenyataan Presiden PAS, Tan Sri D...

TOLAK PAKATAN HARAPAN, JANGAN ULANG EPISOD DUKA PAS Negeri Perak dengan senang hati menyambut kenyataan Presiden PAS, Tan Sri D...



#pas

TOLAK PAKATAN HARAPAN, JANGAN ULANG EPISOD DUKA

PAS Negeri Perak dengan senang hati menyambut kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui pena Minda Presiden PAS bertarikh 15 September 2022 yang tegas menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan atas dasar menolak mudarat politik yang lebih besar kepada negara.

Kenyataan ini menunjukkan betapa PAS konsisten dengan agenda dan asas yang diajarkan oleh Islam dan pimpinan berteraskan konsep syura. PAS tidak akan sesekali membiarkan negara Malaysia dirosakkan sekali lagi oleh Pakatan Harapan melalui janji palsu dan kebobrokan politikus.

Dengan itu kami PAS Negeri Perak terus mendokong aspirasi Penyatuan Ummah berteraskan Melayu-Islam bagi memastikan Malaysia ditadbir dengan lebih adil, telus dan sejahtera. PAS Negeri Perak mendoakan Tuan Guru Presiden terus diberikan kesihatan yang berpanjangan bagi memimpin bahtera perjuangan PAS sebagai Bapa Penyatuan Ummah dan kestabilan politik Malaysia.

YB Khalil Yahaya
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak
17 September 2022, 20 Safar 1444H

#1Lawan1
#PenyatuanUmmah
#MalaysiaSejahtera

...
-Baca seterusnya...
2022-09-17 13:47:59

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook