Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

WARISAN HARUS DIPELIHARA, TATAPAN GENERASI MENDATANG

WARISAN HARUS DIPELIHARA, TATAPAN GENERASI MENDATANG



#semasa

WARISAN HARUS DIPELIHARA, TATAPAN GENERASI MENDATANG

KOTA BHARU – Program yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Muzium Kelantan adalah amat baik dan menarik kepada masyarakat terutamanya generasi muda untuk mengenali warisan bangsa kita.

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai warisan tersendiri, jika dilihat kepada bangsa besar seperti Jepun, Korea, Indonesia dan negara-negara lain, mereka amat menghargai dan memberi perhatian terhadap warisan.

"Maka kita juga di Malaysia seharusnya memberi perhatian kepada warisan yang ada. Sebagai contoh orang Melayu itu sendiri mempunyai banyak warisan ilmu yang bersifat intelektual, warisan seni dan warisan budaya.

Istimewanya bangsa Melayu juga ialah warisan yang ada terhasil daripada ajaran agama Islam yang telah diterima oleh nenek moyang kita beratus tahun yang lalu."

Demikian menurut Timbalan Menteri Besar Dato Mohd Amar Abdullah semasa merasmikan Program Muzium Bersama Komuniti di Maahad Tarbiah Mardhiah (MTM), Panchor, Kemumin, hari ini.

Pada majlis yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan YB Dato' Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman memaklumkan pihak Perbadanan Muzium Kelantan (PMK) telah menyumbang 120 naskah buku yang dikeluarkan oleh PMK kepada pihak maktabah sekolah.

Antara buku yang diberikan berjudul Permainan Rakyat, 50 Tokoh Masyhur Negeri kelantan, Keluarga Diraja Kelantan Darulnaim dan Bedil Meriam di Kelantan.

Selain itu, Pengetua MTM Ustaz Najmuddin Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui portfolio kebudayaan kerana telah memberi sumbangan satu set alat kelengkapan nasyid kepada pihak sekolah.

Sempena program tersebut, turut diadakan ialah pertandingan sukan tradisional, pameran wayang kulit, demonstrasi wau dan persembahan mini teater Tok Janggut daripada Kumpulan Jihad Putera Jeram Majlis Daerah Pasir Puteh.













(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-09-22 11:36:23

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook