Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

4 faktor Agong mungkin tolak nasihat PM bubar Parlimen dalam masa terdekat | Berita Harian

4 faktor Agong mungkin tolak nasihat PM bubar Parlimen dalam masa terdekat | Berita Harian



#pas

4 faktor Agong mungkin tolak nasihat PM bubar Parlimen dalam masa terdekat

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
Oktober 1, 2022 @ 11:36am
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, boleh menolak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, menggariskan empat faktor yang boleh dijadikan asas kepada penolakan Seri Paduka untuk tujuan membubarkan Parlimen.

Pertama, katanya, Perdana Menteri ketika ini tidak mewakili sebuah parti atau gabungan parti secara 'solid'(kukuh), dengan amalan sebelum ini nasihat Perdana Menteri sudah dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan.

"Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan.

"Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep 'tanggungjawab bersama' sepertimana di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebab penolakan kedua pula, katanya sebagaimana keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat pengisytiharan darurat berteraskan kepentingan awam, maka tidak mustahil nasihat Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen juga ditolak berasaskan kepentingan awam.

"Kepentingan awam boleh merujuk kepada beberapa faktor termasuklah ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada musim tengkujuh dan faktor pembaziran jika PRU di peringkat Parlimen tidak berjalan serentak dengan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri.

"Faktor ketiga, tindakan Yang di-Pertuan Agong yang mungkin tidak membubarkan Parlimen serta-merta walau pun selepas dinasihati Perdana Menteri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah seperti peruntukan Perkara 32," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor keempat penolakan pembubaran disebabkan rakyat terpaksa mengundi sewaktu musim tengkujuh dan PRU sebelum urusan belanjawan negara tidak disempurnakan dengan baik oleh kerajaan, serta risiko pembaziran akibat pilihan raya tidak serentak adalah satu langkah tidak popular dan bertentangan dengan sentimen umum rakyat.

"Sebarang tindakan Yang di-Pertuan Agong yang selari dengan kehendak rakyat sukar dipersoalkan walau pun ia kelihatan luar biasa," katanya.

Maka, mengambil kira empat faktor itu, beliau menjangkakan tidak mustahil nasihat pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri akan ditolak, jika ia benar-benar berlaku.

"Adalah lebih baik bagi Perdana Menteri untuk mengutamakan keputusan Kabinet berbanding keputusan partinya.

"Jika Yang di-Pertuan Agong pernah menolak nasihat Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020, maka tidak mustahil baginda juga menolak pembubaran Parlimen jika dinasihati oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini," katanya.

Beliau mendakwa, sungguhpun Kabinet tidak setuju pembubaran dilaksanakan, namun tidak mustahil Perdana Menteri akan bertindak juga mengikut kehendak partinya yang mahukan Parlimen dibubarkan segera.

Katanya, jika mengikut konvensyen Perlembagaan dan kefahaman peruntukan Perlembagaan secara literal iaitu Perkara 55(2), Yang di-Pertuan Agong perlu membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri di bawah Perkara 40.

"Berbeza dengan pembubaran akibat hilang sokongan majoriti di bawah Perkara 43(4) dan 40(2)(b) yang boleh dilakukan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Dalam situasi pelbagai parti menguasai kerajaan negeri, katanya, maka langkah yang paling tepat ialah mewujudkan persefahaman dengan parti berbeza berkaitan waktu pembubaran Parlimen dan DUN.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, boleh menolak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-01 08:05:57

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook