Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

8 SIRI PENTAS RAKYAT MELABUHKAN TIRAI DENGAN BERGAYA

8 SIRI PENTAS RAKYAT MELABUHKAN TIRAI DENGAN BERGAYA



8 SIRI PENTAS RAKYAT MELABUHKAN TIRAI DENGAN BERGAYA

KOTA DARULNAIM - Program hiburan patuh syariah Pentas Rakyat (PR) anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) berjaya melabuhkan tirai dengan bergaya apabila setiap siri di lapan lokasi mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan masyarakat.

Ribuan penonton membanjiri lokasi Pentas Rakyat untuk menyaksikan lapan siri PR bermula di Kompleks Sukan Dabong pada 9 September dan berakhir di Padang Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bustanus Saadah, Morak, Tumpat pada 15 Oktober.

Pemangku Pengarah UPKN, Razuan Awang Hamad berkata Pentas Rakyat ialah platform didik hibur yang diperkenalkan oleh UPKN selaku agensi media rasmi Kerajaan Negeri untuk memberi peluang dan ruang kepada pemimpin mendekati rakyat, seniman anak Kelantan dan artis undangan mengenali Kelantan lebih akrab serta wadah rakyat berhibur secara terkawal dalam suasana patuh syariah.

"UPKN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan lapan siri Pentas Rakyat khasnya buat YAB Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan yang sudi hadir dua kali menyerikan Pentas Rakyat siri kedua dan kelapan.

Termasuklah saf kepimpinan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, petugas di Pusat Khidmat DUN, warga UPKN, artis undangan dan seluruh rakyat Kelantan atas komitmen yang tinggi dan kebersamaan sehingga ke penghujung program," katanya.

Pentas Rakyat menampilkan selebriti tersohor Kelantan seperti Joe Renjuna, Pok Yie Gasi, Fadhil Turbo, Ezri Layang Puteh dan kumpulan dikir barat Sirat Maharaja dan kumpulan teater Artis undangan pula ialah seniman Sabri Yunus, Iwan Syahman, Azmani Iklim, Shaq Mentor, Kamarol Haji Yusoff (Cik Man) dan Hazwan.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-19 08:11:41

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook