Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

98 PERATUS PANEL SOLAR DANAU TO' UBAN SIAP DIPASANG PASIR MAS - Exco Teknologi Hijau Negeri Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tua...

98 PERATUS PANEL SOLAR DANAU TO' UBAN SIAP DIPASANG PASIR MAS - Exco Teknologi Hijau Negeri Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tua...



#semasa

98 PERATUS PANEL SOLAR DANAU TO' UBAN SIAP DIPASANG

PASIR MAS - Exco Teknologi Hijau Negeri Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan 98 peratus pemasangan pulau solar di Danau To' Uban telah selesai.

Menurutnya, pemasangan kabel penyambung dari Kampung Chandan ke Bukit Kecil sejauh 10 kilometer (km) juga sudah siap 100 peratus.

Beliau menzahirkan kesyukuran dan berpuas hati kerana sehingga 1 Oktober 2022, peratusan kemajuan keseluruhan projek Ladang Solar Danau To' Uban sudah 90 peratus siap.

"Bangunan Operasi dan Penyelenggaraan juga telah siap 90 peratus. Manakala, kerja-kerja fabrikasi sedang dijalankan ke atas fasiliti Loop In Loop Out (LILO)," jelasnya.

Mengulas lanjut, YB Tuan Mohd Saripudin menerangkan terdapat empat komponen utama dalam projek tersebut melibatkan pemasangan pulau solar di atas permukaan tasik berkeluasan 164 ekar bersamaan 11 peratus daripada keseluruhan permukaan tasik.

Termasuk Bangunan Operasi dan Penyelenggaraan di atas tapak berkeluasan 2.69 ekar dan
Fasiliti penyambungan 132kV Overhead Lines LILO serta
pemasangan kabel penyambung dari Kampung Chandan ke Bukit Kecil sejauh 10km.

Untuk rekod, Projek Solar Terapung berkapasiti 98MWdc atau 60MWac tersebut mula dibangunkan oleh Cypark Resources Berhad dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada tahun 2021.

Projek bernilai RM500 juta itu membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam merealisasikan visi Pembangunan Mampan Negeri Kelantan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-10 00:57:28

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook