Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BENGKEL SENI KRAF BATIK ANJURAN BERSAMA UKEKWA DAN PKD KADOK

BENGKEL SENI KRAF BATIK ANJURAN BERSAMA UKEKWA DAN PKD KADOK



BENGKEL SENI KRAF BATIK ANJURAN BERSAMA UKEKWA DAN PKD KADOK

KADOK - Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok yang juga Pengerusi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Kadok, Datin Che Nordzan Che Mat hadir menyantuni peserta Program Jom Buat Duit "Bengkel Seni Kraf Batik" Fasa 1 di Pusat Khidmat DUN (PKD) Kadok, semalam.

Program tersebut adalah anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKekWa) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Wanita Kelantan DUN Kadok.

Para peserta terdiri daripada beliawanis dan wanita dalam kawasan DUN Kadok.

Antara produk Seni Kraf Batik yang diajar oleh tenaga pengajar ialah pensel box dan pelbagai bag berasaskan batik.

Selain itu, aktiviti tambahan ialah mengubah bunga orkid dan bouquet duit untuk sambutan hari lahir.

Datin Che Nordzan berharap, para peserta dapat memanfaatkan apa yang dipelajari daripada bengkel ini dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-25 05:08:46

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook