Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

HARAP KERJASAMA TERUS TERJALIN

HARAP KERJASAMA TERUS TERJALIN



#semasa

HARAP KERJASAMA TERUS TERJALIN

KOTA BHARU - Bendahari DUN Bunut Payong, Mhd Nordin Ibrahim dan Pegawai Tadbir Pusat Khidmat DUN Bunut Payong, Shaari Mat Yaman mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato' Dr Ramli Mamat hadir pada Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, Telipot, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengetua SMK Zainab 1, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Zainab 1.

Menurut Mhd Nordin, beliau berharap kerjasama seperti ini dapat dilangsungkan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara pihak sekolah dan pejabat DUN.

Majlis perasmian turut disajikan dengan aktiviti sukaneka, kawad pasukan dan perasmian pasukan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-02 05:11:23

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook