Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kelantan dapat royalti minyak jika PN tadbir Malaysia KELANTAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Kelantan dapat royalti minyak jika PN tadbir Malaysia KELANTAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...



Kelantan dapat royalti minyak jika PN tadbir Malaysia

KELANTAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kelantan akan mendapat royalti minyak jika gabungan itu diberi mandat untuk mentadbir Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Muhyiddin berkata, bayaran sebanyak lima peratus itu akan diberikan kepada Kelantan seperti yang terkandung dalam perjanjian asal berkait dengan bayaran royalti.

"Pada masa yang sama, PN akan turut membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, sekiranya PN membentuk kerajaan, mesyuarat pertama jemaah menteri akan membincangkan masalah rakyat terlebih dahulu.

Kataya, PN tidak berminat untuk membebaskan diri daripada kes mahkamah.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyeru seluruh rakyat di negara ini untuk keluar mengundi walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkan PN meraih kemenangan lebih besar untuk membentuk kerajaan lebih kukuh selepas PRU15.

Sumber: Sinar Harian



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-21 18:14:54

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook