Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN-SABAH KONGSI AMALAN TERBAIK PERTINGKAT PENGURUSAN BENCANA

KELANTAN-SABAH KONGSI AMALAN TERBAIK PERTINGKAT PENGURUSAN BENCANA



#semasa

KELANTAN-SABAH KONGSI AMALAN TERBAIK PERTINGKAT PENGURUSAN BENCANA

SABAH – Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato' Mumtaz Md Nawi mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Masyarakat (JPKA) Negeri Sabah bagi berkongsi strategi, amalan terbaik dan bertukar pendapat untuk mempertingkatkan usaha kebajikan dan pengurusan bencana di Kelantan dan Sabah.

Taklimat pengurusan bencana bagi negeri Sabah disampaikan Pengarah JPKA Sabah, Jais Asri yang diiringi Timbalan Pengarah JKM Persekutuan Roshayati Omar, di pejabat JPKA, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), semalam.

Sementera itu, YB Menteri Kebajikan Negeri Sabah Datuk Ir Shahermey meraikan delegasi Kerajaan Negeri Kelantan itu dalam Dialog Jalinan Kasih dan saling bertukar idea berkaitan kebajikan termasuk dalam pembangunan kilang alat ganti peralatan bagi Orang Kurang Upaya (OKU).

Dato' Mumtaz menyampaikan serangkap pantun sebagai rakaman penghargaan kepada warga JKPA Sabah atas kerjasama positif.

Kesumba selasih diutus suri,
Lukisan hati mulai bahagia;
Semesra kasih setulus budi,
Kunjungan kami dirai sempurna.

Terdahulu, Dato' Mumtaz berziarah ke Rumah Anak-anak Yatim dan Tahfiz Darul Yacob Khan di Kampung Papas, Jalan Rancangan Mawao, Membakut.

Beliau memaklumkan tujuan program itu diadakan adalah untuk memantapkan perpaduan dan mengeratkan hubungan siraturahim dengan anak-anak yatim yang secara tidak langsung dapat menerapkan budaya kasih sayang.

"Ini selaras dengan pelan untuk perlaksanaan Dasar kanak-kanak Fitrah dan Dasar Anak Yatim Islah Negeri Kelantan," katanya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg













(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-04 08:00:12

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook