Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN,TERENGGANU, KEDAH PILIH SIMBOL ‘BULAN’ PADA PRU-15 

KOTA BHARU - Presiden Parti Islam Se-M...

KELANTAN,TERENGGANU, KEDAH PILIH SIMBOL ‘BULAN’ PADA PRU-15 KOTA BHARU - Presiden Parti Islam Se-M...



KELANTAN,TERENGGANU, KEDAH PILIH SIMBOL 'BULAN' PADA PRU-15

KOTA BHARU - Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiga negeri yang berada di bawah pentadbiran PAS akan menggunakan simbol parti sendiri bagi calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

Tambahnya, semua negeri terbabit ialah Kelantan,Terengganu dan Kedah yang mempunyai sokongan padu dari parti berkenaan.

"Kita akan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkaitan keputusan untuk menggunakan lambang parti ini. Tetapi kita menyambut baik jika mana-mana negeri mahu menggunakan simbol parti ini selain daripada tiga negeri yang saya katakan tadi."

Beliau berkata demikian pada khuliah duha bersempena Karnival Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera menerusi Facebook PAS.

Sementara itu, beliau yang juga penyandang kerusi parlimen Marang itu menyeru kepada semua rakyat agar menunaikan kewajipan untuk keluar mengundi serta memilih pemimpin yang mampu memeritah negara dengan baik, tulus dan ikhlas.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-16 08:28:17

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook