Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA PAS SAMBUT BAIK USAHA MEMULIHKAN MUAFAKAT NASIONAL   PAS menyambut baik kenyataan YB. Presiden UMNO bertarikh ...

KENYATAAN MEDIA PAS SAMBUT BAIK USAHA MEMULIHKAN MUAFAKAT NASIONAL PAS menyambut baik kenyataan YB. Presiden UMNO bertarikh ...



#pimpinan

KENYATAAN MEDIA
PAS SAMBUT BAIK USAHA MEMULIHKAN MUAFAKAT NASIONAL

PAS menyambut baik kenyataan YB. Presiden UMNO bertarikh 2 Oktober 2022 yang menzahirkan keterbukaan UMNO dan PAS memulihkan Agenda Penyatuan Ummah berikutan pertemuan 4 mata Dua Presiden UMNO dan PAS pada 17 September 2022.

PAS mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya di kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal 'perdamaian' di antara orang-orang Islam yang bertelagah dalam sesuatu urusan mereka.

Dalam hal ini, PAS turut menekankan soal penyelesaian sesuatu perkara perlu dirujuk kepada sumber Agama Islam iaitu Al-Qur'an dan Al-Hadith sebagaimana dalam Ayat 59 Surat An-Nisa' yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.".

Sesungguhnya perkara di atas juga terkandung secara jelas dan tersurat di dalam Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai pada 14 September 2019.

Sehubungan dengan itu PAS tetap mengharapkan suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan di antara Parti-parti Utama Melayu Islam di negara ini dengan mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti yang ditunjukkan dalam sirah iaitu antara Aus - Khazraj dan Muhajirin – Ansar yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam.

PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan UMNO dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudhorat (risiko) yang paling ringan.

"MALAYSIA SEJAHTERA"

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 03 Oktober 2022

...
-Baca seterusnya...
2022-10-03 03:59:17

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook