Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KETSA TURUN PADANG RAIKAN MASYARAKAT

KETSA TURUN PADANG RAIKAN MASYARAKAT



KETSA TURUN PADANG RAIKAN MASYARAKAT

KOTA BHARU - Menjadi catatan sejarah apabila 13 agensi dan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Tenaga (KeTSA) bersama dengan beberapa agensi daripada Kerajaan Negeri turun padang untuk bersama masyarakat di Karnival KeTSA @ Kota Bharu.

Antara agensi dan jabatan tersebut ialah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

"Selain itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) juga telah membawa tetamu istimewa dua ekor gajah yang diberi nama Cherry dan Sanum sebagai tarikan kepada pengunjung di sini."

Demikian ucapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Majlis Perasmian Karnival KeTSA @ Kota Bharu Prihatin di dataran Platinum Mall, Lembah Sireh, hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu juga menurunkan tandatangan simbolik ziarah mesra ke reruai Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) sebagai penghargaan atas kerjasama UPKN menjayakan karnival tersebut.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KeTSA Dato' Rosli Isa berkata, program sebegitu menjadi amalan untuk membawa KeTSA bersama masyarakat bertujuan memberi informasi dan khidmat secara langsung kepada masyarakat.









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-14 05:19:23

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook