Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KULIAH DI MEDAN ILMU SENTIASA DAPAT SAMBUTAN

KULIAH DI MEDAN ILMU SENTIASA DAPAT SAMBUTAN



#semasa

KULIAH DI MEDAN ILMU SENTIASA DAPAT SAMBUTAN

KOTA BHARU - Program kuliah mingguan yang diadakan pada setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati sentiasa mendapat sambutan daripada setiap lapisan masyarakat sama ada dari dalam atau luar Kelantan.

Pada musim cuti khususnya kehadiran akan bertambah dengan kedatangan pelancong ke Kelantan yang ambil kesempatan hadir mendengar kuliah selama berada di sini.

Menurut seorang pesara guru, Mohd Saufi@Mohd Zawawi Awang, 75, dari Kampung Pauh Lima, Bukit Marak, Kota Bharu menyatakan, beliau sudah lama mengikuti kuliah di sini yakni sejak zaman awal-awal lagi.

"Kelebihannya, selain dapat ilmu kita boleh dengar maklumat tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam negara, sebab itu saya selalu datang jika tidak ada keuzuran," katanya yang ditemani cucu.

Tambahnya, sepanjang tempoh pandemik COVID-19 baru-baru ini, kuliah terpaksa dibatalkan. Beliau terasa kurang selesa kerana lama tidak dapat ikuti kuliah seperti selalu.

Manakala seorang pesara swasta, Mohd Tahir Muhammad, 62, dari Kampung Jambu Merah, Melor, Kota Bharu mengaku banyak kelebihan mengikuti kuliah di sini kerana selain ilmu dan mendengar ulasan isu-isu semasa, cara penyampaian kuliah juga berbeza di antara penceramah-penceramah.

"Saya lebih seronok mendengar kuliah di suasana lapang dan terbuka begini yang mana selepas habis kuliah kita dapat mencari barang-barang keperluan bersama keluarga untuk dibawa pulang," katanya.

Berhubung perkara yang sama, beliau turut mencadangkan, selain menampilkan penceramah yang berlatarbelakangkan pendidikan agama adalah lebih elok ditampilkan juga penceramah dari kalangan profesional.

Turut ditemui adalah seorang anak muda yang kini masih belajar, Ariff Aziz, 19, dari Kampung Sering, Bachok berpendapat, selain ilmu beliau ke sini untuk mendapat beberapa kelebihan, antaranya untuk belajar cara-cara menyampaikan kuliah dan syarahan dengan lebih menarik dan berkesan.

"Saya cuba melatih diri saya pada peringkat masih muda ini untuk menjinakkan diri dengan program-program agama dan mendalami ajaran Islam.

Selain itu ujarnya, bila beliau hadir pada majlis seperti ini beliau boleh mendekatkan diri dengan ahli-ahli agama dan orang minat pada agama.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-03 06:19:21

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook