Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LTSIP: KEMAJUAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN CAPAI 60 PERATUS

LTSIP: KEMAJUAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN CAPAI 60 PERATUS



LTSIP: KEMAJUAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN CAPAI 60 PERATUS

KOTA DARULNAIM – Kemajuan terkini bahagian kejuruteraan bagi projek naik taraf dan pelebaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa sudah mencapai 60 peratus sehingga tempoh 8 Oktober 2022.

Secara keseluruhan, status terkini projek tersebut sudah siap 13.78 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan YB Dato' Sr Azami Mohd Nor mengesahkan peratusan tersebut ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kemajuan kerja untuk perkara lain seperti kerja-kerja awal ialah 47.86 peratus dan pembinaan pula 8.01 peratus.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati dengan pencapaian kemajuan semasa dan berharap projek bernilai RM440 juta itu berjalan lancar.

"Projek LTSIP adalah salah satu daripada projek mega berimpak tinggi yang bakal melonjakkan kemajuan di Kelantan. Kita harap projek ini dapat disiapkan pada pertengahan tahun 2024 sebagaimana dijadualkan," jelasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-20 05:00:06

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook