Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MANFAATKAN FASILITI PUSAT KOMUNITI DENGAN BERAKTIVITI - DATO' MOHD AMAR

MANFAATKAN FASILITI PUSAT KOMUNITI DENGAN BERAKTIVITI - DATO' MOHD AMAR



#semasa

MANFAATKAN FASILITI PUSAT KOMUNITI DENGAN BERAKTIVITI - DATO' MOHD AMAR

TUMPAT - Timbalan Menteri Besar YB Dato' Mohd Amar Abdullah berharap masyarakat memanfaatkan sepenuhnya fungsi dan kemudahan di Pusat Komuniti Tumpat yang baru siap dibina dengan menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, Pusat Komuniti itu ialah transformasi daripada bangunan lama Pasar Besar yang kini dijadikan satu pusat pelbagai kemudahan seperti bilik seminar, bilik bacaan dan dewan utama.

Dato' Mohd Amar Abdullah juga memaklumkan projek tersebut bermula pada Mac 2022 membabitkan kos RM200 ribu yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah portfolio Kesejahteraan Rakyat.

"Kita juga berharap pembinaan Pusat Komuniti ini mampu memberi kemudahan kepada pelbagai agensi dan orang awam khususnya penduduk di kawasan Tumpat dan berhampiran untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bersama-sama," katanya selepas merasmikan pusat komuniti tersebut pada 6 Oktober.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri YB Wan Roslan Wan Hamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan YB Hilmi Abdullah.

Sehubungan itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Tumpat (MDT), TPr Suhaizat Mohd Sabri pula memaklumkan pusat komuniti tersebut dapat menampung 200 pengguna pada satu masa.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-10 05:17:35

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook