Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

MENTERI PUAS HATI KESIAPSIAGAAN BANJIR DI KELANTAN

MENTERI PUAS HATI KESIAPSIAGAAN BANJIR DI KELANTAN



MENTERI PUAS HATI KESIAPSIAGAAN BANJIR DI KELANTAN

RANTAU PANJANG - Penyandang taklif Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berpuas hati dengan kesiapsiagaan bantuan bencana monsun timur laut oleh agensi-agensi yang terbabit di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan lawatan ke Tapak Projek Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Tersang, Rantau Panjang, semalam.

"Menurut maklumat yang kita terima daripada Jabatan Meteorologi Malaysia baki hujan masih ada 40 peratus dan kita berharap ia tidak turun sekaligus.

Bagaimana pun projek pembinaan laluan air yang dibina di Kampung Tersang ini mampu mengurangkan kurang lebih 70 peratus aliran," katanya.

Tambahnya, jika berlaku pertembungan antara Pilihan Raya Umum (PRU) dan banjir, pihaknya sudah mempunyai jalan penyelesaian tersendiri yang mana salah satu usahanya menjadikan pusat mengundi juga sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Berhubung perkara yang sama, beliau berharap semua agensi terus memberi kerjasama yang baik dalam mendepani sebarang kemungkinan.

Turut sama, penyandang kerusi parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Jajahan Pasir Mas, Hazmi Abdul Hamid dan pegawai agensi kerajaan antaranya Jabatan Penerangan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-10-17 05:09:33

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook